25 November 2017
[1] [2] [3] [4] [5] [6]

HALAMAN 1
Cerita Rakyat
Puteri Sinar Bulan Gemilang Cahaya

Cerita sebenar puteri Sinar Bulan Gemilang Cahaya Kisah bermula dengan Puteri Sinar Bulan mempunyai suami bernama Putera Ramrina. Mereka menuntut dengan Mahaguru Maharasyi Mata Api. Lama kelamaan Puteri Sinar Bulan pun mengandung tiga bulan. puteri Sinar Bulan ingat hendak kembali bersalin di istana raja oleh kerana suaminya anak raja. Putera Ramrina ini adalah anak kepada Raja Andika Sari. Lalu mereka pergi meminta izin kepada Tok Guru Maharasyi babawa mereka hendak pulang ke istana dan Maharasyi memberi keizinan kepada mereka berdua.

Di pertengahan jalan Putera Ramrina dan Puteri Sinar Bulan bertemu dengan gergasi yang bernama Kamkeng. Kebetulan Gergasi Kamkeng ini ialah raja gergasi. Ia hendak mengahwinkan anaknya puteri Cahaya dengan Gergasi Damtamin. Isteri Gergasi Kamkeng bernama Luman.

Adat gergasi apabila hendak membuat kenduri kahwin mesti melumur rumah dengan darah manusia. Gergasi Kamkeng telah meminta izin bininya untuk mencari darah manusia. Semasa berjalan-jalan itu ia terjumpa dengan Sinar Bulan dan suaminya Ramrina.

Bulan bertujuan mengambil darah mereka. Maka berlakulah pertengkaran dan pertempuran di antara Putera Ramrina dan orang suruhannya dengan Gergasi Kamkeng. Dalam perlawanan ini Gergasi Kamkeng telah tewas dan telah ditangkap oleh Putera Ramrina dan dua orang hambanya iaitu Ito dan Nunui. Gergasi Kamkeng telah mereka ikat dan mereka hendak membunuh gergasi tersebut, tetapi Gergasi Kamkeng berkata,

  "Janganlah kau bunuh aku, aku mai sini cuma nak ambik darah menusia. Dengan betui iklas aku bagi tau aku nak ambik darah menusia, ikut adat gergasi ambik darah menusia lumok ghumah baghu boleh kawinkan anak. Bukalah ikatan ni, aku sanggup kawinkan Ramrina dengan   anak aku Puteri Cahaya". 

Yang mengikat Gergasi Kamkeng ialah Puteri Sinar Bulan bini Putera Ramrina. Puteri Sinar Bulan ini seorang yang megah kerana tuah anaknya yang di dalam kandungan. puteri Sinar Bulan mengizinkan suaminya berkahwin dengan Puteri Cahaya. Gergasi Kamkeng sanggup mengahwinkan anaknya dengan Ramrina tetapi anaknya puteri Cahaya telah pun dipinang terlebih dahulu oleh Gergasi Damtamin. Namun begitu masih belum cukup tempohnya sepuluh hari untuk dikahwini.

Ramrina lalu berkata, "Tak pa lah."
Mereka pun balik ke negeri gergasi.   

Tersebutlah pula kisah Gergasi Perop Lok Ka, yang bertunang dengan Puteri Suni anak kepada Bangkaro bininya Puteri Keriana. Apabila cukup tempoh dia hendak berkahwin dengan puteri Suni, anak kepada Bangkaro. Gergasi Perop Lok Ka terus pergi meminang, tetapi bangkaro berkata, ”Walaupun dipelemah dia (Puteri Suni) tak kan setuju dengan Perop Lok ka.

 
  1 | Selepas >