19 March 2024
[1] [2] [3]

HALAMAN 1
Cerita Rakyat
Selindong Bulan Kedah Tua
Bab 1 : Di-Istana Mahligai Gading
Oleh : Awang Had bin Salleh
Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1964

Kulit Buku Selindong Bulan Kedah Tua.

Tabek-lah tuan oi, tabek sa-mula,
dan mula nak tabek kapada
aulia keramat yang jaga
tanah ayer oh bumi putera,
timor dan barat, tuan oi, selatan serta utara.

Telah pada waktu ini,
ketika ini,
anak chuchu ini
nak cherita al-kesah zaman dulu kan kala,
al-kesah Selindong Bulan Kedah Tua.

Dengan-nya lebeh dulu kami minta ampun kapada
sakalian sanak saudara
kechil besar tua dan muda,
yang mana hadhir, tuan oi,
sidang pendengar yang di-hormati,
yang mana sedang kan ada.

Kira-nya jika salah dan silap tuan oi, karangan serta cherita,
lebeh dulu kami minta ampun kami minta ma'af semua belaka,
walau raja menteri hulubalang yang mana kan ada,
dan sembah beta ini daripada
hujong kaki sampai hujong rambut di-atas kepala,
jangan menjadi tulah dengan no papa.

Dan apakala sudah beta tabek sakalian aulia
keramat yang manakan ada,
hilang al-kesah la tuan oi, nak timbul sedang cherita,
timbul tersebut-lah al-kesah Selindong Bulan Kedah Tua,
dan kapada masa itu,
pada zaman itu,
di-perentah oleh tuan oi, Maharaja sedangkan Jawa.

Permaisuri-nya bernama Puteri Selindong Bulan Kedah Tua dan anakanda-nya bernama Pangkulun Duli Baginda. Lebeh kurang pada masa itu, umor Pangkulun baharu empat belas tahun.

Tersebut al-kesah ayah Pangkulun Duli Baginda. Pada suatu hari baginda beradu di-anjong istana. Pada pagi itu:

ayam pun berkokok,
murai pun membacha,
fajar menyinsing,
merah menyala.

Tatkala itu baginda pun bangun, lalu di-ambil ayer sa-batil emas untok membasoh muka. Apabila selesai membasoh muka, baginda pun memerentah kapada inang yang tua, "Hai inang beta yang tua, pada hari ini siap-lah makanan untok santapan beta." Sa-telah itu di-jawab oleh inang yang tua, "Ampun tuanku Duli Mahkota dan sembah patek yang hina bertambah lata, bagaimana titah tuan patek itu, segala makanan itu patek sudah siap sedia." Lepas daripada itu konon, Maharaja Jawa tadi pun bingkas bangun dengan segera lalu pergi santap.

 
  1 | Selepas >